![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]()
Assalamualaikum,
So yeah,
aku update.
*Bunyi cengkerik*
Tadi aku cari gambar,
dan...aku terjumpa yang ni. Comel kan? kan? kan? :) Hikhik. Dan, aku nak tegur khas buat kaum Hawa sedunia.
Kamu-kamu,
wahai kaum Hawa,
telah Allah bersabda di dalam Al-Quran,
tutuplah auratmu,
wahai-wahai sahabat-sahabatku.
Dari kecil lagi, kita dah diajar
tak kira dimana,
di sekolah, di rumah mahupun di luar.
Kita dah diajar supaya menutup aurat.
Kalau boleh umur 6 tahun, tu dah boleh
suruh pakai tudung.
Tapi dalam Islam, tiada paksaan, tiada tindasan. Maka... jangan memaksa jika dia memberontak. Cuma, perlu menasihati dengan nada yang lembut. Supaya si kecil dapat menjamah nasihat yang diberi. "Alah kecil lagi." "Takpe, nanti dah besar eloklah tu." "Baru 2 tahun, nanti dah besar, pandai-pandailah dia." Kita selalu dengar orang ckp macam ni kan? Tapi, sebenarnya silap. Kalau kita ajar anak kita dari kecil, mungkin effect dia akan bawa hingga ke besar. Namun, didikan agama itu harus ada. Biarlah kita tak bertudung labuh, asalkan amal ibadah kita tidak kurang. Dan janganlah kamu-kamu bersikap TAKBUR! Walaupun, sudah diajar dari kecil, itu tidak bermakna kamu-kamu semua boleh memandang rendah terhadap orang lain. Jika kamu-kamu terlihat seseorang yang kurang agamanya, janganlah kamu pinggirkan dia, janganlah kamu mencaci dia, dan janganglah kamu menghina dia. Namun, tegurlah dia. dekat dengan dia, bagi ajaran yang benar. Ya, memang benar hidayah itu hanya Allah yang bagi, tapi kita sebagai manusia, selagi kita mampu, teruskan usaha kita. Menyebarkan dakwah sebaik mungkin. Dan mana tahu, disaat kita sedang menyebarkan dakwah, nyawa kita diambil oleh Dia. Tidak ke indah mati dlm keadaan menyebarkan agama kita; agama Islam? Tapi, aku sebagai budak yang baru berusia 14 tahun, berusaha mendekatkan diri dengan Allah, berusaha untuk berubah, berusaha untuk mengajak orang berubah. Tapi, walaupun, hanya duduk di depan laptop, sambil menaip, mana tahu, mungkin ada yang melihat, dan mereka terkesan, mungkin mereka akan menyiasat tentang Islam. Dan jika Allah memberi dia peluang, dia masuk Islam, ia dah jadi pahala yang besar. Walaupun kamu-kamu hanya berusia 14 tahun :') Maka teruskan lah berusaha. Allah sayangkan hambanya yang ingat pada-Nya. Ingatlah Allah, kerana dari Dia kita datang, dan dari Dia jugalah kita pergi. Fi sabilillah! Allahuakbar! Ajoi; 01.32 ![]() ![]() ![]() |
0 Comments: